CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Click here for Myspace Layouts

Perpisahan

Hukum ini memang di kira kejam.Berapa banyak air mata tumpah,hati yang rekah kerana perpisahan.Berapa banyak jiwa merana,duka lara,kerana perpisahan.....


Alangkah indahnya dunia sekiranya tidak perlu berpisah.....Selamanya bersama.....


Pun begitu,selamanya bersama adakah bermakna selamanya bahagia ?? Kenapa bercinta ada putusnya,kawin ada cerainya??....


Pepatah jepun mengatakan ,”Kita bertemu untuk berpisah.....

Kita berpisah untuk bertemu.”....


Apabila yang ada boleh hilang,barulah terasa nikmat memiliki.Barulah dihargai setiap yang diberi.Tutur kata dijaga,tingkah laku dipelihara,kerana tersalah langkah,boleh hilang apa yang di depan mata.....


Oleh sebab hidup ini adalah satu perjalanan,kita sebagai manusia tidak boleh pegun.Tidak bergerak.Kita manusia mesti terus maju ke depan.Tidak mundur.Apabila kita bergerak ,mesti ada yang akan kita tinggalkan.....


Tempat lahir kita,ibu bapa kita,teman kecil kita dan segala macam lagi.Kita perlu tinggalkan semua itu untuk mencari kerja di Bandar besar.Kita tidak boleh bawa,angkut bersama semuanya.kita kena berpisah.....


Apabila berpisah dengan hal yang lama,barulah kita akan jumpa perkara yang baru.Sekiranya kita tidak mahu berpisah,selamanya kita kekal begitu,tidak berubah,tidak bergerak,kita tidak akan temui atau dapat benda baru.....


Tetapi berpisah itu susah. Lelah.Menyeksakan.Tidak sanggup lagi berpisah.....


Ingatlah mati itu perpisahan yang paling dahsyat.Perpisahan jiwa dan jasad.Perpisahan ibu dan anak.Suami dan isteri.Perpisahan ini tidak dapat lagi ditemukan di dunia ini.Kekal dan mungkin tidak akan berjumpa lagi.Apabila kita mati,putuslah segala hubungan dengan Dunia………………....


Mati adalah perpisahan yang mengakhiri semua pertemuan.Membunuh semua Hubungan………....


Tetapi kita jangan gusar.Setiap yang hidup pasti mati.Kita mati,orang lain pun mati.Janji Tuhan pada manusia,sekiranya kita patuh dan taat padanya,kita akan bertemu semula dengan semua yang kita kasihi di dunia…….....


Pertemuan kali ini abadi.Bertemu dan bersama…..Selamanya-lamanya…….....


Kita mati adalah untuk bertemu Tuhan.Hanya apabila sudah mati saja boleh bertemu Tuhan…………....


Sekiranya di Akademi Kehidupan kita sudah memanfaatkan masa muda,waktu remaja kita dengan baik,maka Senyumlah……......


Kita pasti bertemu Tuhan…SUNGGUH !!!! Inilah pertemuan paling indah,paling nikmat…………

JADI JANGANLAH KITA SESALI PERPISAHAN INI KERANA ADA YANG LEBIH BAHAGIA DI PERTEMUAN YANG SETERUSNYA.....