CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Click here for Myspace Layouts

Sawan Babi

assalamuailaikum readers !
hope semua sihat2 yaw !
entry kali ni afiq nak cer pasal
SAWAN BABI .

afiq nak tulis entry ini pun sebab td time afiq nak lek kola
ad pelajar low 6 kene sawan babi
agak mengeri gak afiq ngok
abes dahi dia berdarah
sebab terjatuh
cikgu yg kebetulan lalu disitu
segera mmbawa perljar tu ke klinik dgn
dibantu beberapa orang pengjaga sekolah.


Sawan babi boleh digambarkan sebagai episod mengejut pembebasan elektrik yang memberi kesan terhadap sekumpulan saraf, bermula hanya pada satu bahagian otak dan kadang-kalanya dapat merebak ke keseluruhan otak untuk menjadi keabnormalan yang menyeluruh.

Punca-punca Sawan

v Idiopati – punca-punca yang tidak diketahui.
v Warisan atau familial - contohnya petit mal
v Kecacatan perkembangan – contohnya rubella intrauterin, radiasi.
v Renjatan (trauma) kelahiran, contohnya pendarahan serebral
v Anoksia (ketiadaan oksigen) semasa bayi atau kanak-kanak.
v Tumor
v Salur darah – contohnya, penyempitan salur-salur darah yang mengalir ke otak.
v Jangkitan, contohnya sawan yang diakibatkan oleh demam (konvulsi febril), meningitis
v Keradangan – contohnya sklerosis multipel
v Metabolik e.g. Glisemia uremik
v Toksik, contohnya alcohol/dadah, logam plumbum
v Kemerosotan, contohnya penyakit Alzheimer.

Gejala-gejala bergantung kepada jenis sawan. Semua gejala-gejala yang disebut tidak akan didapati pada jenis sawan yang tertentu. Di antara gejala-gejalanya adalah:-

v Kehilangan kesedaran.
v Memberhentikan aktiviti-aktivit untuk beberapa saat dan merenung atau kibasan kelopak
mata.

v Bola mata yang berputar ke atas.
v Bibir yang membiru dan memucat serta pelelehan air liur.
v Sentakan kepala dan anggota badan yang ganas dan berulangan selama 3-5 minit.
v Apabila sedar semula, seseorang itu mungkin mengalami kehilangan ingatan untuk
jangkamasa yang pendek, sakit kepala dan mudah tersinggung dll.

Apa Yang Harus Dilakukan Jika Seseorang Itu Mengalami Sawan

v Elakkannya dari jatuh dan mencederakan dirinya.
v Jauhkan objek-objek mengelilingi orang itu, yang mungkin mencederakannya.
v Sebaik sahaja kekejangan terhenti, longgarkan pakaiannya dan balikkannya ke sisi untuk
mengelak dari tercekik.

v Jangan beri apa-apa untuk meminum atau memakan untuk suatu jangkamasa selepas
serangan sawan.

v Jika terdapat demam yang tinggi, spankannya untuk menurunkan suhunya.
v Bawa pesakit berjumpa dengan doktor jika pesakit merupakan seoarang kanak-kanak atau
jika mengalami sawan buat kali pertamanya atau jika sawan berlanjutan melebihi 10 minit,
atau terdapat sawan yang beulangan.


Copyright | Disclaimer