CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Click here for Myspace Layouts

saya minta maaf - afiq

assalamulaikum semua !
entri kali ni afiq tulis bukan sebab afiq dah nak mati atau membuang tabiat
tetapi dengan melalui kesedaran yang diberi oleh ALLAH.
dalam kehidupan afiq atau mungkin kita semua, hari-hari kita buat dosa dan pahala tanpa kita sedari mahupun disedari. pahala dan dosa adalah kerja Allah. siapalah kita untuk menilai.

dengan penuh rasa rendah diri dan hina, afiq ingin menyusun sepuluh jari kemaafan dari sesiapa sahaja dengan penuh ikhlas. afiq bukan lah makhluk allah yang sempurna, yang mampu menyenangkan hati semua orang yang mampu menyenangkan hati semua orang yang saya kenali secara empat mata mahupun sekadar di blog atau Facebook.

secara empat mata mungkin afiq ada terkasar bahasa, terlepas kata dalam gurauan.
di alam maya, mungkin didalam blog afiq ada ayat-ayat afiq yang membuat kan sesipa sakit hati tanpa sedari dan juga di sengaja kan saya lakukan. afiq minta maaf.

buat sesiapa yang pernah berhutang dengan afiq, afiq halal kan dengan niat sedekah tidak kira lah yang anda lupa atau benar-benar lupa. jika afiq pernah berhutang dengan anda, hubungi afiq melalui email kerana afiq benar-benar terlupa dan tidak sengaja.

akhir sekali, semoga Allah mengampunkan dosa-dosa afiq selama afiq bernafas didunia ini. semoga nyawa afiq tidak diambil selagi dosa-dosa saya tidak diampunkan olehNya. buat semua kawan-kawan afiq dan semua bakal menduduki spm pada tahun ini, afiq doakan kita semua dapat menduduki peperiksaan dengan tenang dengan penuh persedian dan juga mendapat keputusan yang terbaik kelak. amin !