CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Click here for Myspace Layouts

Perbezaan Sahabat Dan Kawan

Apa perbezaan sahabat dan kawan? bagi afiq sahabat adalah teman sehidup semati. Sanggup bersusah payah dan menempuh segala onak dan duri dalam hidup ini. Sahabat keseorang yang sangat memahami, tidak hanya muncul di saat sahabatnya gembira...tetapi tetap ada di sisi walau apa yang terjadi pada sahabatnya. Sahabat juga bagi aku seorang yang akan memberi pendapat dan pandangan yang terbaik untuk sahabatnya dan tidak sanggup melihat sahabatnya sedih. Bagi aku nilai seorang sahabat susah untuk dicari. Sahabat umpama 1000 orang kawan.

Kawan pula adalah seorang yang akan datang dan pergi dalam hidup seseorang. Bila kita gembira atau ketawa kegembiraan.. kawan akan muncul disisi untuk sama-sama meraikan kegembiraan...tapi bila kita sedih dan terluka... kawan datang bertanya khabar sahaja lepas tu berlari meninggalkan kita keseorangan....

bukan semua kawan boleh jadi teman,



bukan semua teman boleh jadi rakan,




bukan semua rakan boleh jadi SAHABAT,




jadi kalau anda punya SAHABAT,




hargailah mereka...